Saturday, 30 June 2012

Sukan Sekolah...

Assalamualaikum guys..

entry hari ni nak cerita pasal perjumpaan THESTAR kami...memang bende yang tak dirancang selalu je jadi kn..geram betol..dulu awal-awal dulu kan kemain semangat lagi nana punya la bersungguh2 plan nk jumpe balik star-star yang tak bape nak star st tu kan..kononla nak jumpe kat sinun-sinun...haa alih-alih jumpe jugak kat tempat baikkk punyeerr..sekolah tempat kitorg kenal masa zaman muda mudi kitorg dulu..sekarang still muda tua lagi..


 yang depan tu anak cikgu ye...^_^

 yang depan ni konon hero la masa hari tu..
tak bape nk hero mana sgt pon...hehe

 ni la the STAR nye..termasuk jugak la kecik tu pon..

 adik yang baju itam tu sgt2 susah nk ajak bergambar dgn artis2 ni..



 yang di pulak dengan adik-adik tersayang..

coolblog time...muka kenyang lapa sume...

mereka la sahabat hingga ke akhirnya...syira (kiri) sahabat yang sentiasa ada bila diperlukan..
ali (tengah) seorang yang cool baget macho best lepak dengan beliau walaupun mulutnye boleh tahan jugak la kan nk kene cili.. huhu tp sahabat punya pasal kitorg tak penah simpan dalam hati
walaupun gurau kasar..chill sudah..
ieza (kanan) sport girl..yang sentiasa ketawa terbahak-bahak bila jumpa nana..tak paham..kahkah..
ok guys u all the best among the best in this world...






Friday, 29 June 2012

Gettin Bored

Assalamualaikum guys...

pagi sbtu cmni mmg la bosan bagi aku, bila ade kelas lagi la bosan tahap gaban..gaban pon tak bosan cam aku ni..haha...bgun je tido pg tdi pon pukul 9 matahari pon da terpacak atas kepala aku ni disebabkan kepanasan aku pon bgn kalau tak mmg tade terbukak pintu hati aku nak bagun..bila da bgn biasa la kan lapa..pg la turun bawah g dapur..cari makanan ape yg ade..ape je yang ade kat umh sewa aku ni..bawang merah je..tak aku nk makan bawang merah plak kan..pastu aku pon godek-godek la peti ais yang besar tu..harap besar je tp habuk pon xde lagi..besar la sgtkn...heheh   aku pon kuar kan la tepung dan mulakan la ketuk-ketuk kuali bersama nonet..hahah...nak resepi kew...?? cucur bujang..hahah..."

bahan-bahan..
tepung gandum
ikan bilis
bawang merah
cili besar (kalau nk pedas boleh je..tak nak pon sodap jugak)
air
klau nk letak kentang pun ok jugak..


ok bila da ada sume barang-barang tu mula la kita mengadun..
first sekali tumbuk ikan bilis ( untuk menambahkan rasa ikan bilis tu je)
 lps tu tmbuk la bawang merah ( kuantiti ikut korg la nk letak bape banyak pon)

lepas tu campurkan dalam tepung dan letak air..kacau-kacau dan kacau lagi ye puan-puan...
air tu letak ikut bpe byk tepung la..jangan air banyak sgt naty dy jdi lebik ye puan-puan..
klau nk bg nmpak warna n ada rasa sikit letak sedikit garam secukup rasa jgn letak byk naty masin.. lepas tu letak sikit kunyit.. sikit je jgn byk2..nk bg ade warne je..huhu..

ok agak-agak da kebulur tu kan masak la cucur...masuk kan dalam kuali...ikut la korg nk besar mana bentuk macam mana..yang penting sodap ke xsodap kan...heheh..
ok tu la dy cucur bujang..

(lupa plak nk tngkap gmbr td.. kebulur punya psal terus la telan sume sekali..)
siap bg jiran sebelah lagi... ( mcam sedap plak nk bg jiran kan..)

haha..ok la selamat mencuba..

Thursday, 14 June 2012

Sahabat (Wanita vs Lelaki)

Assalamualaikum

Entry kali ni nak cite sikit pasal kawan lelaki dan kawan wanita. Semua orang ada kawan baik kan, dan semua orang jugak perlukan kawan. Kat sini nana cuma nak kongsi sikit bezanye bila kita berkawan dengan lelaki dan bila kita berkawan dengan perempuan, wanita la sedap sikit kan tapi gadis pun boleh. Setiap manusia ada keistimewaan masing-masing yang kita tak leh nak pertikaikan. Kalau kita nak berkawan kita kena terima kekurangan dan kelebihan kawan baik kita tu. Sebab semua orang tak sempurna, jadi kita jangan mengharapkan kesempurnaan orang lain sedangkan kita pun tidak sempurna. (nasihat untuk nana jugak ni) Terima jela kan kawan kita tu macam mana kan. Yang baik tu kita ikut lah tapi yang sebaliknya tu pikir lah dulu baik buruk nya sebelum kita terikut-ikut. alaa bende ni semua orang da tau. Dari kecik lagi mak dengan ayah da selalu pesan kat kita "nak berkawan tu biar pandai pilih kawan. Kawan dengan orang baik-baik nanti kita pun jadi baik". selalu je kan dengar masa kecik-kecik dulu. masa kecik-kecik dulu memang seronok kawan dengan semua orang tapi bila da besar gajah macam ni baru lah kita tau napa mak dengan ayah selalu je pesan, sebab nak tengok kita ni jadi manusia bukan sebaliknya. semuanya terpulang lah kat diri sendiri tepuk dada tanya la nk jadi manusia ke apa?

ok bagi nana la kan bila berkawan dengan wanita ada beza bila berkawan dengan lelaki. apa yang nana cakap ni pada yang sesetengah la bukan semua orang macam apa yang nana cakapkan. sesetengah sahaja. (minta maaf la kalau research nana kurang tepat)
1. kalau bab iri hati.

  • kalau dengan wanita/gadis kuat sungguh cemburunya. kalau tengok je kawan baik dia tu cantik dari dia,  baik dari dia, pandai dari dia, selalu dapat markah tinggi dalam exam ke mesti cemburu. mula lah buat-buat mukakan.
  • kalau dengan lelaki pulak dengan kawan tak heran sangat pun kalau tengok kawan dia lagi kacak dari dia, bijak dari dia ke yang penting dalam kepala dorang, dorang la yang paling encem. (perasan lebeh kot)
2. kalau bab belajar
  • kalau wanita/gadis time belajar dorang jenis yang macam orang kata jenis yang "kedekut ilmu". bagi dorang, "Ah aku nak aku sorang je yang pandai". lebeh kurang macam tu la. 
  • kalau lelaki pulak dorang akan belajar sama-sama n biar berjaya sama-sama. 
3. pendengar yang setia
  • kalau bab ni memang akan menang pada belah wanita/gadis. wanita/gadis sejak dari azali lagi kita dah tau perangainya yang suka bercerita atau bercakap. fakta pun da kata wanita bila bercakap, perkataan yang keluar dalam sehari lebeh banyak jika dibandingkan dengan lelaki so tak heran lah bila kata wanita atau gadis ni sebagai pendengar yang setia. 
  • kalau gentleman pulak bagi dorang "lantak korang la dengan masalah korang. watpe aku nak masuk campur". begitu la nampak gayanya. akhir sekali buang masa je cerita masalah kita kat dorang ni.
untuk setakat ni, ini sahaja la agaknya yang dapat di cerita kan...hehe..nana ada satu ayat ni nak share dengan pembaca-pembaca di luar sana...heheh...(kalau ada lah yang bacanya kan)..nana suka sangat baca sebab ada maksud-maksud yang tersendiri..

Anugerah paling istimewa bila kita memiliki sahabat,
satu jiwa yang boleh dipercayai sepenuhnya,
yang tahu buruk dan baiknya kita
dan mencintai kita lebih dari segala keburukan kita.

Jangan berkawan sebab perangainya,
nanti kita akan kecewa kerana orang tak suka perangai kita.
Jangan berkawan sebab harta,
nanti orang pinggirkan kita bila kita tak berharta.
Jangan berkawan sebab orang kata kita baik,
nanti orang akan tinggalkan kita bila orang tahu perangai buruk kita.
Jangan berkawan sebab rupa,
nanti orang akan menjauhkan diri kerana kita tidak berupa.
Tapi berkawanlah kerana kemuliaan hatinya,
kerana itu berkekalan selamanya.
Jadi cintailah seseorang itu bukan kerana paras rupa,
harta dan kebendaan.
Hamba Allah tiada seorang pun yang sempurna.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan
sama juga seperti kita 
jadi jangan lah mengharapkan sesuatu yang sempurna 
dari orang lain
sedangkan kita pun tidak sempurna



THANKS FOR READING <3S


Wednesday, 13 June 2012

The New One

Assalamualaikum 

ok baiklah untuk first entry ni just nak menconteng-conteng dan merapu-rapu sahaja..
ni pon baru je create blog ni 
setelah sekian lama tidak hiraukan (kononnya merajuklah)...
yang lama pun baru jugak yang sebenarnya tapi sudah dihapuskan 
sebab dah di hacked...
tak tau la apa dosa nana kat pengHACKER tu kan...
tapi tak apa lah asal kan dia bahagia je la kan...
hmm 
tak ada apa pun sebenarnya nak sembang-sembang...
tengah bosan ni tu yang create balik blog ni 
and
rasa macam nak menaip-naip...




ok lah say hello untuk semua dan juga nana jugak lah 
yang baru lagi ni..