Thursday, 14 June 2012

Sahabat (Wanita vs Lelaki)

Assalamualaikum

Entry kali ni nak cite sikit pasal kawan lelaki dan kawan wanita. Semua orang ada kawan baik kan, dan semua orang jugak perlukan kawan. Kat sini nana cuma nak kongsi sikit bezanye bila kita berkawan dengan lelaki dan bila kita berkawan dengan perempuan, wanita la sedap sikit kan tapi gadis pun boleh. Setiap manusia ada keistimewaan masing-masing yang kita tak leh nak pertikaikan. Kalau kita nak berkawan kita kena terima kekurangan dan kelebihan kawan baik kita tu. Sebab semua orang tak sempurna, jadi kita jangan mengharapkan kesempurnaan orang lain sedangkan kita pun tidak sempurna. (nasihat untuk nana jugak ni) Terima jela kan kawan kita tu macam mana kan. Yang baik tu kita ikut lah tapi yang sebaliknya tu pikir lah dulu baik buruk nya sebelum kita terikut-ikut. alaa bende ni semua orang da tau. Dari kecik lagi mak dengan ayah da selalu pesan kat kita "nak berkawan tu biar pandai pilih kawan. Kawan dengan orang baik-baik nanti kita pun jadi baik". selalu je kan dengar masa kecik-kecik dulu. masa kecik-kecik dulu memang seronok kawan dengan semua orang tapi bila da besar gajah macam ni baru lah kita tau napa mak dengan ayah selalu je pesan, sebab nak tengok kita ni jadi manusia bukan sebaliknya. semuanya terpulang lah kat diri sendiri tepuk dada tanya la nk jadi manusia ke apa?

ok bagi nana la kan bila berkawan dengan wanita ada beza bila berkawan dengan lelaki. apa yang nana cakap ni pada yang sesetengah la bukan semua orang macam apa yang nana cakapkan. sesetengah sahaja. (minta maaf la kalau research nana kurang tepat)
1. kalau bab iri hati.

  • kalau dengan wanita/gadis kuat sungguh cemburunya. kalau tengok je kawan baik dia tu cantik dari dia,  baik dari dia, pandai dari dia, selalu dapat markah tinggi dalam exam ke mesti cemburu. mula lah buat-buat mukakan.
  • kalau dengan lelaki pulak dengan kawan tak heran sangat pun kalau tengok kawan dia lagi kacak dari dia, bijak dari dia ke yang penting dalam kepala dorang, dorang la yang paling encem. (perasan lebeh kot)
2. kalau bab belajar
  • kalau wanita/gadis time belajar dorang jenis yang macam orang kata jenis yang "kedekut ilmu". bagi dorang, "Ah aku nak aku sorang je yang pandai". lebeh kurang macam tu la. 
  • kalau lelaki pulak dorang akan belajar sama-sama n biar berjaya sama-sama. 
3. pendengar yang setia
  • kalau bab ni memang akan menang pada belah wanita/gadis. wanita/gadis sejak dari azali lagi kita dah tau perangainya yang suka bercerita atau bercakap. fakta pun da kata wanita bila bercakap, perkataan yang keluar dalam sehari lebeh banyak jika dibandingkan dengan lelaki so tak heran lah bila kata wanita atau gadis ni sebagai pendengar yang setia. 
  • kalau gentleman pulak bagi dorang "lantak korang la dengan masalah korang. watpe aku nak masuk campur". begitu la nampak gayanya. akhir sekali buang masa je cerita masalah kita kat dorang ni.
untuk setakat ni, ini sahaja la agaknya yang dapat di cerita kan...hehe..nana ada satu ayat ni nak share dengan pembaca-pembaca di luar sana...heheh...(kalau ada lah yang bacanya kan)..nana suka sangat baca sebab ada maksud-maksud yang tersendiri..

Anugerah paling istimewa bila kita memiliki sahabat,
satu jiwa yang boleh dipercayai sepenuhnya,
yang tahu buruk dan baiknya kita
dan mencintai kita lebih dari segala keburukan kita.

Jangan berkawan sebab perangainya,
nanti kita akan kecewa kerana orang tak suka perangai kita.
Jangan berkawan sebab harta,
nanti orang pinggirkan kita bila kita tak berharta.
Jangan berkawan sebab orang kata kita baik,
nanti orang akan tinggalkan kita bila orang tahu perangai buruk kita.
Jangan berkawan sebab rupa,
nanti orang akan menjauhkan diri kerana kita tidak berupa.
Tapi berkawanlah kerana kemuliaan hatinya,
kerana itu berkekalan selamanya.
Jadi cintailah seseorang itu bukan kerana paras rupa,
harta dan kebendaan.
Hamba Allah tiada seorang pun yang sempurna.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan
sama juga seperti kita 
jadi jangan lah mengharapkan sesuatu yang sempurna 
dari orang lain
sedangkan kita pun tidak sempurna



THANKS FOR READING <3S


No comments:

Post a Comment